Aku akhirnya
menjejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan kembang pada 6hb Julai yang lalu untuk
menyertai kem di sana. Sebenanrya aku " dijemput " untuk memenuhi
kuata peserta yang terdiri daripada pembantu mahasiswa. Kem ini diadakan selama
4 hari bermula pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Isnin. Kami bertolak ke
Kelantan pada hari Khamis menaiki keretapi yang mengambil masa selama !0
jam umtuk sampai. Setelah sampai di Gua Musang kami telah dijemput oleh Abang
Bob yamg merupakan pengelola kem tersebut. kami menaiki bas untuk pergi ke KEm
Sungai Nenggeri. Sampai di sana, Aku baru tahu yang kem ni 100% outdoor.
Sangkaan ku pada mulanya seperti Kem Jati Diri HEP yang telah aku pergi dulu.
kami kemudian dibahgikan kepada 4 kumpulan LDK dan 6 kumpulan berakit. kami
akan berakit sepanjang Sg Nenggiri dan akan tiba di penamat pada hari Isnin.
Kami telah ditunjukkan cara-cara untuk memasang rakit oleh Abang-abnag guide di
situ. Memasang rakit memang satu cabaran yang mencabar kerana terpaksa
berhadapan denga cuaca yang panas terik. Setelah selesai kami akhirnya memulakn
pengembaraan berakit di Sg Nenggiri. Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang
guide untuk membrikan tunjuk ajar. IA merupakan satu pengelaman yang baru bagi
aku kerana tidak pernah berakit di sungai sebelum ini. Akhirnya, setelah 3-4
jam berakit di bawah panas terik kami tiba di perhentian kami yang pertama di
Gua Cha. Kami akan bermalam di situ selama 2 hari. Peserta lelaki terpaksa
tidur di dalam gua manakala peserta perempuan tidur di dalam khemah. Satu
pengalamn yang baru bgai aku kerana dapat tidur di dalam gua. Keesokan harinya
kami mengadakan perlawanan paintball mengikut kumpulan LDK dan malmanya kami
berehat sebelum memulakan ekspidisi berakit kami semula. Aktiviti berakit pada
hari itu dikatakan cukup mencabar kerana bertemu jeram yang cukup deras.akhinya
kami sampai ke perkampungan orang asli di situ sebelum memulakan perjalanan
keesokkan harinya. Kami juga melakukan floating di penghujung aktiviti berakit
Kami pulang ke kl pada malam tersebut.Kem ni merupakan salah satu kem
yang terbaik pernah aku pergi.
No comments:
Post a Comment