Aku ada baca satu artikel untuk kekal sihat daripada Dr Rohani Abd Muttali. Satu perkara baru yang aku dapat tahu....
1-Jawab telefon dengan telinga kiri
2-Jangan minum kopi 2 kali sehari
3-Jangan mengambil ubat atau pil dengan air sejuk
4- Minum banyak air pada waktu pagi dan sedikit air pada waktu malam
5-Masa berkualiti untuk tidur ialah dari 10 malam hingga 5 pagi
6-Jangan guna telefon bimbit semasa bateri hampir habis kerana ia boleh menghasilkan radiasi sehingga 1000
kali ganda dari biasa
Saturday, 20 April 2013
Saturday, 6 April 2013
Adab-adab belajar
- Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
- Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
- Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
- Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
- Jangan menyangkal kata-kata guru.
- Jangan mengumpat pelajar lain.
- Jangan berbisik di hadapan guru.
- Jangan berpaling kiri dan kanan.
- Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
- Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
- Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
- Rujuk guru dalam memilih ilmu.
- Jangan duduk tempat guru.
- Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
- Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
- Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
- Muliakan anak-anak guru.
- Selalu berhubung dengan guru.
- Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
- Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
EXPLORACE
Semalam aku join satu program kendalian SERU dan HEP Universiti Malaya. Mula-mula ingat tak nak join sebab ramai yang dah balik so tak boleh buat grup. Tapi last2 dapat form group dengan Akmal,Inin,Atikah dan J. Explorace tu mula pukul 8 pada hari Sabtu sekitar kawasan UM. Terdapat !0 checkpoint yang terpaksa kami lalui untuk menghabiskan explorace tersebut. Task yang dibagi pada kami ada yang susah dan ada juga yang senang. Kami menghabiskan explorace kami pukul 12 dan hanya berjaya mendapat saguhati saja tapi tak pe sebab ia satu pengalaman yang menarik. Sepanjang explorace tersebut kita dapat meningkat tahap komunikasi antara ahli kumpulan di samping dapat mengenali mereka dengan lebih baik.Ada juagk soft skill yang dapat kita pelajari; mendengar arahan =, berani, komunikasi dan macam lagi lah. Walaupun tak menang tapi ada sesuatu yang lebih bergharga daripada itu iaitu pengalaman.
Subscribe to:
Comments (Atom)


