Aku ada baca satu artikel untuk kekal sihat daripada Dr Rohani Abd Muttali. Satu perkara baru yang aku dapat tahu....
1-Jawab telefon dengan telinga kiri
2-Jangan minum kopi 2 kali sehari
3-Jangan mengambil ubat atau pil dengan air sejuk
4- Minum banyak air pada waktu pagi dan sedikit air pada waktu malam
5-Masa berkualiti untuk tidur ialah dari 10 malam hingga 5 pagi
6-Jangan guna telefon bimbit semasa bateri hampir habis kerana ia boleh menghasilkan radiasi sehingga 1000
kali ganda dari biasa
Habib's Empire
Saturday, 20 April 2013
Saturday, 6 April 2013
Adab-adab belajar
- Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
- Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
- Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
- Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
- Jangan menyangkal kata-kata guru.
- Jangan mengumpat pelajar lain.
- Jangan berbisik di hadapan guru.
- Jangan berpaling kiri dan kanan.
- Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
- Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
- Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
- Rujuk guru dalam memilih ilmu.
- Jangan duduk tempat guru.
- Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
- Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
- Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
- Muliakan anak-anak guru.
- Selalu berhubung dengan guru.
- Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
- Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
EXPLORACE
Semalam aku join satu program kendalian SERU dan HEP Universiti Malaya. Mula-mula ingat tak nak join sebab ramai yang dah balik so tak boleh buat grup. Tapi last2 dapat form group dengan Akmal,Inin,Atikah dan J. Explorace tu mula pukul 8 pada hari Sabtu sekitar kawasan UM. Terdapat !0 checkpoint yang terpaksa kami lalui untuk menghabiskan explorace tersebut. Task yang dibagi pada kami ada yang susah dan ada juga yang senang. Kami menghabiskan explorace kami pukul 12 dan hanya berjaya mendapat saguhati saja tapi tak pe sebab ia satu pengalaman yang menarik. Sepanjang explorace tersebut kita dapat meningkat tahap komunikasi antara ahli kumpulan di samping dapat mengenali mereka dengan lebih baik.Ada juagk soft skill yang dapat kita pelajari; mendengar arahan =, berani, komunikasi dan macam lagi lah. Walaupun tak menang tapi ada sesuatu yang lebih bergharga daripada itu iaitu pengalaman.
Tuesday, 4 September 2012
BEFORE AND AFTER
Selepas join SERU aku rasa ada perubahan yang berlaku pada diri aku. sebelum masuk SERU aku rasa aku ni seorang yang kurang keyakinan diri untuk bercakap, kurang memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara dan mudah leka. Perkara-perkara ini sangat negatif dan harus dikikis jikalau ingn berjaya dalam kehidupan masa kini. Tetapi selepas masuk SERU terdapat perubahan yang berlaku pada diri aku. Walaupun tidak mendadak. Perubahan itu berlaku langkah demi langkah. Secara perlahan-lahan. Jiklalu aku dapat meneruskan hal ini, Insya Allah perasaan gugup untuk bercakap akan hilang, mudah untuk memberikan perhatian dan tidak mudah leka.Insya Allah kejayaan akan datang dengan mudah
Tuesday, 28 August 2012
Jerat
Ni buku yang baru aku baca. tajuk dia jerat. Best jugak la buku ni. Pasal Shereen yang kemalangan lalu hilang ingatan. Tapi dia perlumembina kenangan dan hidup baru. Dia juga tak pasti siapa lawan dan lawan. Semuanye kerana sebuah tender IT bernilai RM 400 juta. Sebuah novel yang penuh dengan elemen susupen yang menarik. Tak rugi baca buku ni...hehe
KAWAN
Sepanjang cuti ni aku meluangkan masa menonton drama bersiri friends.Cerita ni dah lama sebenarnya tapi baru ada peluang nak tengok. Ada 10 season semuanya dan aku dah habis tgk semuanya sekali. Cerita ni lucu dan mencuit hati. Friends di bintangi oleh Jennifer Aniston,Courteney Cox, Lisa Kudrow, matt Ls Blanc. David Schwimmer dan Mathew Perry Tapi yang paling penting adalah semangat setiakawan yang ada pada mereka itu yang penting. Tak rugi tengok cerita ni.
P/s cari kawan waktu suka memang senang nak cari tapi kawan masa sedih susah nak cari
P/s cari kawan waktu suka memang senang nak cari tapi kawan masa sedih susah nak cari
Monday, 27 August 2012
6 JARS- Learn to manage money
Perkara ni aku dapat tahu masa join bengkel SERU. Boleh membantu dalam menguruskan wang kita. tapi yang paling penting ialah jangan taik-taik ayam pulak. Ini yang perlu dibuat :
1) Dapatkan lah jar korang.
2) Label jar tu dengan BELANJA, SIMPAN,LABUR,PENDIDIKAN, MAIN dan DERMA.
3) Bila korang dapat duitkan. Korang bahagila macam ni...
50% untuk belanja
10% yang lain untuk simpan, labur pendidikan main dan derma...senang je
Kalo benda diamalkan dengan betul tak mustahil la melambak duit korang nanti..
Nak tahu lebi mendalam klik link ni http://www.mrmrsimran.com/2010/02/23/6-jars/
1) Dapatkan lah jar korang.
2) Label jar tu dengan BELANJA, SIMPAN,LABUR,PENDIDIKAN, MAIN dan DERMA.
3) Bila korang dapat duitkan. Korang bahagila macam ni...
50% untuk belanja
10% yang lain untuk simpan, labur pendidikan main dan derma...senang je
Kalo benda diamalkan dengan betul tak mustahil la melambak duit korang nanti..
Nak tahu lebi mendalam klik link ni http://www.mrmrsimran.com/2010/02/23/6-jars/
Subscribe to:
Comments (Atom)





